top of page

Pemilik Taman Koperat Putera Menerima Pemilikan Kosong dan Kunci

Pada tanggal 27 Ogos 2020, tercapailah hasrat pembeli Taman Koperat Putera untuk mendiami kediaman sendiri apabila pemaju Pasir Delima Sdn. Bhd memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Arkitek Profesional Berdaftar setelah hartanah tersebut telah dibina dan disiapkan dengan sewajarnya menurut pelan-pelan yang diluluskan dan menurut kehendak di bawah Perjanjian Jual Beli serta undang-undang yang terpakai.



Sebanyak 341 unit telah diserahkan kepada pembeli termasuk Fasa Pertama iaitu Rumah Mampu Milik sebanyak 103 unit dan Rumah Teres Setingkat Jenis B sebanyak 154 unit serta Fasa Kedua iaitu Rumah Berkembar Setingkat sebanyak 48 unit dan Rumah Sesebuah Setingkat pula sebanyak 36 unit. Rata-rata pembeli mengucapkan syukur dan gembira kerana rumah telah diserahkan dengan sempurna dan jayanya.


Terbukti bahawa pembangunan lestari ini mendapat perhatian daripada penduduk tempatan dan juga luar kerana perumahan terancang yang mengambil kira gaya hidup mewah menjadi pilihan utama.


Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
bottom of page