Pasir Delima Sdn. Bhd. Melancarkan Fasa Terakhir Bagi Taman Koperat Putera


Projek Taman Koperat Putera merupakan sebuah taman perumahan yang menyediakan 456 unit rumah bercampur yang terdiri daripada Rumah Mampu Milik sebanyak 103 unit, Rumah Teres Setingkat Jenis A sebanyak 95 unit, Rumah Teres Setingkat Jenis B sebanyak 154 unit, Rumah Berkembar Setingkat adalah sebanyak 48 unit, Rumah Sesebuah Setingkat pula sebanyak 36 unit serta 20 unit Kedai Pejabat 2 Tingkat di kampung Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Taman Koperat Putera mempunyai lokasi yang strategik iaitu terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah IMTIAZ Besut serta berdekatan dengan Kolej Vokasional Besut, IPG Sultan Mizan, MRSM Besut, Pantai Bukit Keluang, Masjid Al-Islah Kg. Limbongan, serta pasaraya Pantai Timur, Kota Putera Square dan Supermas.

Pada tanggal 16 Ogos 2018, Kumpulan Pasir Delima Sdn. Bhd. telah melancarkan fasa baharu iaitu Fasa III bagi projek Taman Koperat Putera yang terdiri daripada Rumah Teres Setingkat Jenis A sebanyak 95 unit berkeluasan tanah 1,679 kps seunit (24’ x 70’) dan 1,196 kps kawasan binaan seunit. Permulaan harga RM218,310.00 seunit dengan dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air tentunya menjadi rebutan ramai dan bualan para tetamu yang hadir. Respons daripada tetamu dan prospek pembeli yang hadir sangat luar biasa serta pejabat jualan juga dibanjiri oleh para tetamu bermula jam 10pagi sehingga 4petang pada hari khamis baru-baru ini.

Adalah satu kerugian jika mereka melepaskan peluang untuk memiliki rumah di Taman Koperat Putera kerana ia telah dilengkapi dengan Perumahan Residential dan Komersial, Taman permainan, Surau, Tadika dan juga Trek jogging. Di samping itu, Taman Koperat Putera juga dikerabentuk yang lebih moden dan kontemporari, mempunyai kediaman yang harmoni dan selesa, persekitaran yang kondusif, keluasan binaan yang lebih luas menampilkan ciri-ciri lebih mewah serta yang penting sekali adalah kawasan ini merupakan kawasan bebas banjir ini dijangka siap pada Julai 2020 tidak lama lagi. Mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat 09-6193336 / Khairi 012-5689855 / Mira 012-5018813 / Yasmeen 012-2035668.


Untuk Galeri Penuh, Sila Kilk Sini!


https://www.pasirdelima.com/perkembanganprojek

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square

Copyright © 2018 Pasir Delima Sdn Bhd (387843-P). All Rights Reserved.