BETUL KE BELI HARTANAH KAT TERENGGANU ATAU PAHANG SUSAH NAK BUAT DUIT?


Salam semua, Baru baru ini saya ditanya betul ke susah nak buat duit kalau melabur beli rumah di Pahang atau Terengganu. Jadi untuk menjawab soalan tersebut, saya buat kajian dan ini apa yang saya boleh rumuskan : - Kenaikan hartanah purata di Pahang dan Terengganu, mengatasi kenaikan purata Selangor dan Johor dari tahun 2000-2016 (boleh rujuk kepada carta dibawah. )

- Kenaikan harga hartanah di Pahang adalah 176% dalam jangkamasa 16 tahun. Kalau anda beli hartanah bernilai RM100k pada tahun 2000, anda boleh jual hartanah ini pada tahun 2016 pada harga RM276k. - Kenaikan harga hartanah di Terengganu adalah 187% dalam jangkamasa 16 tahun. Kalau anda beli hartanah bernilai RM100k pada tahun 2000, anda boleh jual hartanah ini pada tahun 2016 pada harga RM287k. Tapi bila beli hartanah RM100,000, tak bermaksud kita kena bayar RM100,000k kan? Kalau ada ilmu, modal boleh jadi RM0. Kalau tiada ilmu, modal biasanya 10% dari RM100k atau RM10,000 sahaja, So kiraan peratusan keuntungan : PAHANG : Modal RM10k untuk beli, dan terus sewakan cukup cukup untuk cover bayaran bulanan tiap tiap bulan. Jadi modal RM10k sahaja. Lepas 16 tahun, jual pada keuntungan RM176k. Jadi peratusan keuntungan : : RM176,000 / RM10,000 : 1760% lepas 16 tahun, atau 110% tiap tiap tahun. TERENGGANU : Modal RM10k untuk beli, dan terus sewakan cukup cukup untuk cover bayaran bulanan tiap tiap bulan. Jadi modal RM10k sahaja. Lepas 16 tahun, jual pada keuntungan RM187k. Jadi peratusan keuntungan : RM187,000 / RM10,000 : 1870% lepas 16 tahun, atau 116% tiap tiap tahun. So kalau kawan kawan anda nak cakap hartanah luar bandar tak laku dan tak boleh buat duit, tunjukkan mereka post ini. Ini adalah 5 langkah yang anda kena buat kalau nak dapat pulangan begini atau lebih 100% setahun : 1. Beli hartanah dan simpan minima 10 tahun. Hampir mustahil untuk rugi kalau anda simpan lebih dari 10 tahun. 2. Beli hartanah yang tak susah mahu disewakan. 3. Beli hartanah yang boleh disewakan untuk cover minima 75% dari ansuran bulanan anda. 4. Fahami apa yang perlu dibuat untuk pastikan hartanah senang disewa. Kena faham segmen penyewa sebelum kita beli hartanah tu, bukan terkial kial nak belajar lepas dah bayar beribu dan beli hartanah tu. 5. Beli hartanah gunakan modal seminima yang boleh. Lagi sikit modal yang kita pakai, lebih banyak hartanah yang kita boleh beli.Ada orang BAYAR beribu untuk beli hartanah, dan ada pula yang DIBAYAR beribu untuk beli hartanah yang sama. Beza mereka ni, sebenarnya ilmu sahaja dan bukan sebab muka cun macam Neelofa. Kalau rasa ilmu dah cukup, boleh terus buat tanpa was-was dan beli hartanah di Terengganu dan Pahang. But kalau rasa ilmu masih tak cukup, boleh datang belajar di Millionaire Employee Blueprint (MEB) terakhir yang kami akan buat di Kuantan dan Kuala Terengganu minggu ini. Boleh daftar di pautan dibawah kalau serius nak dapatkan pulangan melebihi 100% di sini: http://faizulridzuan.com/millionaire-employee-blueprint/… p/s : Khairul ( abam pakai spek) ni dah beli 11 hartanah, dan Syed dah beli 5 hartanah pada tahun 2017 saja lepas ada ilmu, majority hartanah yang mereka beli tanpa modal.

Sumber dari: https://www.facebook.com/faizul.ridzuan.official/posts/1648783958518571

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square

Copyright © 2018 Pasir Delima Sdn Bhd (387843-P). All Rights Reserved.