

Pemilik Taman Koperat Putera Menerima Pemilikan Kosong dan Kunci
Pada tanggal 27 Ogos 2020, tercapailah hasrat pembeli Taman Koperat Putera untuk mendiami kediaman sendiri apabila pemaju Pasir Delima Sdn. Bhd memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Arkitek Profesional Berdaftar setelah hartanah tersebut telah dibina dan disiapkan dengan sewajarnya menurut pelan-pelan yang diluluskan dan menurut kehendak di bawah Perjanjian Jual Beli serta undang-undang yang terpakai. Sebanyak 341 unit telah diserahkan kepada pembeli ter