top of page

LATEST PROGRESS UPDATE

WhatsApp Image 2020-12-29 at 13.24.06 (1

RUMAH TERES SETINGKAT

Bagi  mereka yang gemarkan suasana perumahan kejiranan yang mempunyai fasilitas yang menarik dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM209,800.00 ,Rumah Teres 1 tingkat ini menepati kehendak pembeli.

Rekabentuknya yang sederhana dan masih mengekalkan ciri-ciri moden sangat sesuai untuk mereka yang sukakan binaan yang minimalis dan kemas serta mudah diuruskan. Rumah yang memiliki 3 Bilik Tidur 2 Bilik air ini mempunyai keluasan binaan 1,196 kps dan keluasan tanah seluas 1,680 kps (20’ x 70’) serta dilengkapi dengan parkir kereta beserta pagar menepati ciri-ciri keselamatan buat penghuni.

 

Rekabentuk yang moden diserlahkan lagi dengan cat berwarna kuning dan putih dan kemasan putih di bahagian dalam dengan syiling yang tinggi menimbulkan kesan yang lebih luas, selesa dan nyaman. Penggunaan sliding door sebagai pintu utama dan rekaan tingkap aluminium yang besar dan tinggi juga memberikan kesan lebih luas dan pengudaraan yang lebih baik. Selain itu, ruang tamu, ruang makan serta ruang dapur juga dilengkapi dengan jubin seramik termasuk jubin seramik untuk bilik air. 

 

Rumah Teres ini telah siap 100% dan sudah diserahkan milikan kosong kepada pemiliknya sejak September 2020. Adalah satu kerugian jika anda tidak membeli sebiji rumah di Taman Koperat Putera ini kerana harga yang ditawarkan sangat murah dengan rekabentuk rumah yang menarik, cantik, dan elegen menyerlahkan gaya hidup moden.

RUMAH BERKEMBAR SETINGKAT

Rumah Berkembar atau dikenali sebagai Rumah Semi-D mempunyai 4 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air ini mempunyai design 'Open Concept' yang lebih moden sesuai dengan citarasa pembeli. Rekabentuk rumah ini adalah moden kotemporari mempunyai keluasan binaan 1,535 kps dan luas tanah 2,797kps.

Rumah yang berharga bermula dari RM313,800.00 juga memilik laman tersendiri yang boleh dijadikan tempat beridah bersama keluarga atau boleh dijadikan tempat bercucuk tanam dengan menyediakan taman herba bagi mereka yang mengamalkan budaya sihat dari rumah. Rumah berkembar ini memiliki keluasan binaan 1,535 kps dan keluasan tanah 2797kps (40' X 70') memang sesuai didiami oleh seisi keluarga.

 

Rekabentuk lebih menarik dengan kemasan luar dicat dengan warna jingga dan putih menimbulkan kesan mewah dan kemasan dalam berwarna putih membuatkan rumah terasa lebih lapang,luas dan nyaman. Rumah ini juga disertakan dengan pintu sliding door pada bahagian sisi rumah bagi melancarkan pengudaraan serta membuatkan ruang terasa lebih luas dan lapang. Rumah ini juga mempunyai sistem pengudaraan yang baik kerana mempunyai tingkap aluminium kaca yang besar dan tinggi serta siling yang tinggi dan ini adalah rekabentuk terkini yang menjadi kegilaan para pembeli.

 

Rumah ini juga telah siap sebanyak 100% dan mempunyai CF/CCC sejak September 2020. Disamping itu, ia juga telah lengkap dengan jubin seramik seluruh ruang rumah berserta berjubin seramik  untuk bilik air dan terdapat ruang parkir yang boleh memuatkan 2 buah kereta.

WhatsApp Image 2020-12-29 at 13.24.05.jp

RUMAH SESEBUAH SETINGKAT

Rumah Sesebuah atau dikenali Rumah Banglo 1 Tingkat bagi yang menginginkan kediaman dan suasana yang lebih 'privacy' dan mewah. Rumah yang bermula dengan harga RM366,800.00 memiliki keluasan binaan 1,614kps dan keluasan tanah 3,561 kps (50' X 70').

Selain itu, Rumah Sesebuah dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air termasuk bilik air didalam bilik utama memberikan ruang ‘privacy’ kepada ibu bapa. Tambahan, terdapat juga ruang tamu, ruang makan serta ruang dapur dan bilik air yang dilengkapi dengan mozek serta syiling yang lebih tinggai.Tambahan pula terdapat sebuah bilik utiliti boleh juga dijadikan bilik tidur ataupun tempat simpanan barang yang tentunya memberikan keselesaan dan keuntungan buat pembeli kerana harganya yang sangat murah tapi masih boleh dapatkan sebuah Rumah Banglo yang sangat luas dan cantik iaitu dengan harga bermula dari RM366,800.00 sahaja.

Rumah banglo 1 tingkat ini juga memiliki 2 pintu 'sliding door' di bahagian ruang tamu dan juga ruang makan bagi melancarkan pengudaraan di samping menjadikan ruang lebih luas, lapang dan nyaman. Bagi pemilik yang suka menganjurkan keraian memang sesuai untuk keluarga dan sanak saudara berkumpul tanpa pembataskan pergerakan keluar masuk sepanjang majlis.

Rekabentuk rumah banglo 1 tingkat berkonsep moden kotemporari dengan laman peribadi yang lebih luas boleh dijadikan sebagai tempat riadah yang lebih menarik jika disediakan gazebo, kolam ikan, jakuzi 'outdoor' atau taman herba akan menyerlahkan lagi kemewahan rumah pembeli. Rumah ini juga dilengkapi dengan ruangan parkir yang boleh memuatkan 2 buah kereta yang dilengkapi pagar .Bukan itu sahaja rumah sesebuah ini juga sudah siap sepenuhnya iaitu sebanyak 100% dan memiliki CF/CCC dan telah diberikan pemilikan kosong kepada pemilik sejak September 2020. 

bottom of page